Tempat Hiking Menarik di Bau

 

Kitak orang tauk sik BAU banyak port hiking menarik yang kitak orang perlu try…

Tempat Hiking Di Sekitar Bau Yang Anda Perlu Cuba! Haa… Mun kitak siktauk, sitok kamek orang tolong suggestkan destinasi hiking kat sekitar Bau yang boleh dicuba!

1. Tempat hiking : Gunung Jagoi | Bung Jagoi

Bung Jagoi terletak berhampiran dengan Serikin yang merupakan destinasi popular untuk membeli belah kerana lokasinya yang terletak bersebelahan dengan Indonesia.

Menurut sejarah, Puncak Bung Jagoi dahulunya dihuni oleh Bidayuh Jagoi. Kini, Bidayuh Jagoi sudah berpindah ke sekitar kaki gunung kawasan tersebut yang diberi nama Kampung Jagoi.

Bung Jagoi juga kini mempunyai Heritage Center untuk memelihara sejarah Bidayuh Jagoi yang unik.

1.0 Pemandangan Bung Jagoi Yang Menakjubkan. Kredit: BorneoTalk.

1.1 Anak Tangga Yang Disediakan Dalam Trail Bung Jagoi. Kredit: Facebook Ismail Bin Roslan

2. Tempat hiking : Gunung Singai | CMPC

Gunung Singai juga terletak dalam lingkungan 30 minit dari Bandaraya Kuching. Bagi mereka yang masih baru dalam bidang hiking ni, Gunung Singai sangat ngam sebab ia tidak mencabar sangat berbanding dengan gunung-gunung lain. Great for first time hikers!

Permandangan dari atas Gunung Singai juga amat menyejukkan hati kerana anda akan dapat melihat keindahan flora dan fauna yang terletak di sekeliling gunung tersebut.

2.0 Pemandangan Gunung Singai  Yang Menakjubkan. Kredit: Tripadvisor

2.1 Pemandangan Gunung Singai  Yang Menakjubkan. Kredit: Talknows

3. Tempat hiking : Bung Tramuo | Kampung Stass

Bung Tramuo terletak di Kampung Stass dalam kawasan Bau. Ianya merupakan salah satu hidden gems untuk hikers.

Menurut sejarah, nama Kampung Stass, berasal dari pokok belian( Eusideroxylon zwageri ) atau taas dalam bahasa bidayuh Jagoi . Pada masa pengujudan Kampung Stass, banyak pokok belian didapati di kawasan kampung.

Bung Tramuo meruapakan salah satu tempat hiking yang agak mencabar, jadi bagi yang sukakan cabaran, jangan lupa untuk try di Bung Tramuo.

3.0 Pemandangan Puncak Bung Tramuo. Kredit: Wikiloc

3.1 Trail Hiking  Bung Tramuo. Kredit: Wikiloc

Lepas Menikmati Pemandangan menarik di Bau, Jangan Lupak!

Singgah ke Restoran Serapi Corner untuk berehat dan menikmati makan & minum yang terletak di pasar Batu 7. Menyediakan pelbagai masakan nusantara Semenanjung Malaysia.

https://www.facebook.com/serapicorner 

 

Share this