Disangka “Pembuli Jalanan” tetapi sebenarnya?

KING MYVI BUAT HAL?!

“King Myvi” buat hal lagi, berikutan dengan satu viral tular yang melibatkan sebuah kenderan jenis Myvi dengan sebuah lori yang dipercayai telah berlaku di Jalan Tun Razak. Video ini berdurasi 17 saat yang dirakam oleh pemilik Facebook bernama “Calvary Robert”. Kereta Myvi tersebut bergerak perlahan di lorong laju menyebabkan banyak orang bersangka buruk dengannya dan didakwa “membuli” kenderaan lain di belakang keretanya.

Dalam video tersebut, terlihat pemandu Myvi brek secara tiba tiba dan memandu perlahan di lorong yang laju.

 

Kejadian Berlaku di Jalan Tun Razak, Kuching.

Kejadian ini berlaku di sepanjang jalan di Tun Razak, Kuching. Rupa – rupanya yang disangkakan “Pembuli Jalan” itu rupanya mengalami masalah kereta, jelas pihak berkuasa pihak Kuching.

Pemandu Myvi tersebut mengalami masalah pedal minyak

Pihak yang berkuasa telah mengeluarkan kenyataan pada hari ini, yang telah berbual bersama pemandu kenderaan Myvi tersebut. Menurut pihak berkuasa telah mendedahkan beliau mengalami masalah pedal minyaknya. Keterangan daripada pemandu Myvi itu bahawa dia sudah “Melambai” atau memberi isyarat kepada kenderaan di belakangnya untuk memecut atau melepasinya. Beliau juga tidak berniat untuk membuli kereta – kereta yang ada di jalan raya tersebut yang dijelaskan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Dalam kenyataan itu, polis turut menasihatkan orang ramai supaya berhenti membuat spekulasi berhubung kejadian itu.