10 Makanan Popular Ketika Ramadhan

1. Kurma

Secara tradisinya, di bulan Ramadan permintaan kurma akan meningkat.

Tak kira lah berbuka atau semasa sahur, kurma akan tetap menjadi pilihan kerana khasiatnya yang tersendiri.

Buah yang sangat manis ini kaya dengan serat, serta kalium, magnesium dan vitamin B-6.

Kurma boleh dihidangkan dalam keadaan semula jadi (makan tanpa biji), buat air nabeez, blender bersama susu dan banyak lagi.

 

2. Ayam madu

Ayam madu yang manis lagi berperisa ini hebat dengan sendirinya.

Dan gerai-gerai banyak menjual bahagian-bahagian yang berbeza, semuanya memberikan rasa yang berbeza bergantung pada jenis daging dan jumlah lemak.

Sayap ayam panggang ayam madu memang tidak boleh dilepaskan!

Daging yang lembut dan juicy. Tambah pula sos istimewa mengikut kepakaran peniaga.

 

3. Ayam golek

RM18 untuk seekor ayam golek? Tak kisah, asalkan sedap hingga menjilat jari.

Sebaik sahaja anda menggigit ayam ini, anda mungkin akan kembali untuk mendapatkan ayam nombor dua.

Apa yang anda perlukan hanyalah sedikit nasi (dan mungkin sedikit sambal dan kicap) untuk dimakan bersama ayam dan anda mungkin boleh memberi makan sekumpulan 3-4 orang.

 

4. Roti john

Salah satu hidangan yang paling mudah didapati.  Lebih bagus lagi, roti john ini lebih besar!

Ini bermakna lebih banyak daging, lebih banyak sayur-sayuran, lebih banyak keju dan lebih banyak apa-apa sahaja yang ditambah dengan banyak sos.

 

5. Murtabak

Daging cincang tebal dan juicy. Daging cincang dan bawang yang dibalut dengan roti yang rangup, murtabak antara juadah mesti dibeli untuk juadah berbuka puasa.

Pada pandangan pertama, anda mungkin fikir ini hanyalah murtabak biasa.

Tetapi makanan istimewa ini mempunyai kelainan moden. Sekarang berbagai jenis murtabak yang ada di pasaran.

Dari harga biasa-biasa, sehingga lah luar biasa bergantung isi daging murtabak.

 

6. Kuih muih 

Tak dilupakan juga aneka kuih muih. Dari kuih jeli, kuih goreng, kuih yang disalut kelapa parut .

Banyak hidangan tradisional ini seperti kuih lapis, kuih talam, otak-otak, kek pisang dan donat untuk dimakan sebagai permulaan atau pencuci mulut untuk makan malam anda.

Jangan lupa kuih dari, kekacang dengan pelbagai jenis pastri dan kuih seperti akok, karipap dan banyak lagi.

 

7. Pelbagai air

Tidak kira apa jua makanan, pada awal sekali yang paling kita nantikan ialah penghilang dahaga yang lazat.

Masa ni lah air teh bunga, assam boi, limau nipis, and air mata kucing, katira, bandung cincau, cendol, manga mula nampak mengancam.

Warna warni air tu pun dah boleh buat telan air liur.

 

8. Tepung pelita

Tepung Pelita adalah antara kuih muih yang paling dicari-cari ketika berada di bazar Ramadan.

Kuih yang lembut dan cair dalam mulut ini merupakan pencuci mulut paling digemari sepanjang Ramadan.

Tepung Pelita dibuat dalam acuan empat segi daripada lipatan daun pandan atau daun pisang untuk lebih menaikkan aroma kuih.

 

9. Sotong Tutok

Sotong kering yang diketuk.

Untuk menyediakan hidangan ini, sotong perlu dibakar atau dipanggang menggunakan bara beberapa minit untuk melembutkan sotong.

Kemudian, sotong akan diketuk agar isinya mudah dimakan. Hidangan ini dimakan dengan sambal pencicah. Sotong tutok lebih sedap jika sambal pencicahnya sedap.

 

10. Kuih Bongkol

Makanan tradisional Sarawak yang diperbuat daripada tepung beras, santan dan gula apong.

Kesemua bahan akan dicampur sebati dan dimasukkan ke dalam daun pisang untuk dikukus.

Rasanya lemak manis dan cukup digemari sebagai hidangan sungkai.