10 Petua Masakan Dari Sudut Sains, Rupanya Memasak Jadi Mudah & Hidangan Lebih Lazat!

Sains sebenarnya ada di sekeliling kita sehinggalah ke dalam aspek masakan. Terdapat pelbagai kepentingan sains dalam bahan masakan dan peralatan tertentu yang memudahkan lagi tugasan memasak. Dan ada juga yang mampu menjadikan rasa sesuatu masakan lebih enak. Siapa sangka manfaat ilmu kimia ini akan memudahkankan lagi tugasan kita untuk memyediakan juadah santapan sehari-hari. Berikut adalah beberapa petua masakan yang didukung bersama fakta sains untuk memudahkan kerja memasak anda.

 

20 PETUA MASAKAN DARI SUDUT SAINS

 

1. Masakan melekat dan minyak merecik 

Letak asam keping/jawa/ tabur tepung untuk mengelakkan masakan melekat dan minyak merecik semasa mengoreng ayam/ikan/sotong/udang/sambal nasi lemak. Punca minyak merecik dan masakan melekat pada kuali ialah air. Penambahan bahan berasid mempercepatkan proses ‘buang’ air (dehydration). Tepung pula menyerap air.

 

2.Menguatkan rasa tomyam

Tambahkan tomato puri untuk memekatkan kuah tomyam. Tomato mengandungi serat larut air yang menyumbang kepada kuah menjadi lebih pekat.

 

3.Kurangkan rasa masin

Kentang untuk mengurangkan rasa masin. Kentang berkapasiti dan mengandungi kanji yang boleh mengambil sedikit garam daripada komponen masakan yang masin.

 

4.Masakan berminyak

Tambah telur kalau masakkan terlalu berminyak contoh mee goreng. Telur banyak komponen larut minyak yang boleh memerangkap ‘rupa’ minyak. Maka masakan akan kelihatan kurang berminyak, namun minyaknya masih lagi di situ.

 

5.Hilangkan pijar tangan

Gunakan hand sanitiser untuk hilangkan pijar tangan. Hand sanitiser mengandungi alkohol iaitu larutan organik yang boleh melarutkan punca pijar, capsaicin.

 

6.Mengurangkan lendir dan bau

Basuh ayam/ikan/seafood menggunakan cuka/tepung gandum/limau. Tepung dan cuka boleh mengurangkan lendir dan bau pada permukaan isi bahan basah berprotein.

 

7.Menambah rasa lemak

Buah keras lemakkan masakkan berkuah. Buah keras mengandungi sekitar 70% lemak.

 

8.Menyerap minyak

Hampas kelapa memudahkan proses membuang minyak pada perkakas dapur. Hampas kelapa kering boleh menjadi bahan penyerap termasuklah minyak.

 

9.Waktu menyiang ikan

Untuk mempercepatkan proses empuk ayam tua, masukkan sudu besi. Sudu besi adalah pengalir haba yang bagus. Maka, penambahan sudu besi boleh meningkatkan suhu didih masakan dari yang biasa. Cuma untuk masakan masam (berasid) boleh jadi kontaminasi logam dalam masakan.