Dijangka Hujan Lebat Berterusan Peringkat Bahaya di Sarawak, Kenyataan dan amaran dikeluarkan oleh Met Malaysia – 27/2/2023

Hujan lebat berterusan, peringkat bahaya di Sarawak.

 

Met Malaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Berterusan Peringkat Bahaya Di Sarawak. Malam semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan notis amaran hujan berterusan (Bahaya) yang dijangka berlaku di Sarawak.Met Malaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Berterusan Peringkat Bahaya Di Sarawak. Malam semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan notis amaran hujan berterusan (Bahaya) yang dijangka berlaku di Sarawak.

 

Laporan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Sumber foto : FB Met Malaysia 

 

Laporan ini telah dikeluarkan oleh Met Malaysia pada jam 10.30 malam, semalam bersamaan iaitu pada 26 Februari 2023. Oleh itu, kami berharap sentiasa bersedia di luar sana, sentiasa berwaspada dan berhati-hati terutamanya bagi yang memandu di dalam keadaan hujan lebat. Sentiasa ingat, biar lambat, asalkan selamat. Nyawa tidak dapat dibeli dengan wang, ingatlah orang yang tersayang.

Laporan Tambahan

Di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Tatau dan Bintulu pula, sehingga Isnin, hujan lebat (Buruk) dijangka akan berterusan sehingga Isnin, 27 Februari 2023.

Menurut Met Malaysia, Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.