Penunggang Motosikal Cedera Pada Bahagian Leher Kerana Tali Layang – Layang di Jalan Tol Kuching.

SEMAKIN MENJADI – JADI, LELAKI TERKENA TALI LAYANG – LAYANG DI KUCHING.

Sumber Foto : FB Sarawak Roads Update 

Kejadian ini kerap berlaku di sekitar bandaraya Kuching, kali ini seorang lagi individu menjadi mangsa dan tercedara akibat tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dan berperikemanusiaan. Layang-layang atau wau merupakan satu alatan dibina dari lembaran bahan tipis seperti kertas berkerangka yang diterbangkan (atau “dilayangkan”) ke udara ditambat dengan tali atau benang yang dipegang di darat. Permainan layang – layang amat popular di kalangan masyarakat. 

 

 

Sumber Foto : Google 

Tali Tangsi/Layang – Layang tersebut bercampur dengan kaca.

Pelbagai jenis modifikasi tali layang-layang juga yang dilakukan pada masa kini termasuk mencampurkan kaca dalam tali gudi benang. Modifikasi tali gudi inilah yang sangat merbahaya dan boleh membahaya kan nyawa orang lain. Hal ini kerana setelah puas bermain, tali gudi layang-layang yang bercampur kaca tersebut kemudiannya dibuang sesuka hati sehingga boleh mencederakan orang awam yang lalu di kawasan itu.

Hari ini, Sarawak Roads Update memuat naik gamba seorang individu yang dipercayai menjadi mangsa oleh tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab disebabkan oleh tali tangsi atau tali layang – layang tersebut. 

Sumber Foto : FB Sarawak Roads Update

Mangsa tersebut tercedera di bahagian leher dan tangan beliau, disebabkan oleh tersangkut benang ketika menunggang motosikal melalui Jalan Tol Kuching, berdasarkan gambar yang dimuat naik di dalam Facebook Sarawak Roads Update. 

Luahan netizen di ruangan komen Facebook Sarawak Roads Update.

Sumber foto : FB Sarawak Roads Update

Pihak netizen pun meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut di ruangan komen FB Sarawak Roads Update. Mereka juga ingin pihak berkuasa untuk mengambil tindakan diatas kejadian ini disebabkan kejadian tersebut kerap berlaku di akhir – akhir ini. Lebih daripada dua orang yang telah menjadi mangsa diatas perbuatan yang tidak bertanggungjawab tersebut, bukan hanya di Jalan Tol Kuching sahaja, ada juga berlaku di tempat yang lain sekitar Kuching. 

Kami ingin menasihati anda semua terutama sekali kepada pemandu motorsikal di jalan raya, supaya berhati hati dan berwaspada di atas jalan raya kerana terdapat sesetengah daripada kita tidak mempunyai nilai kemanusiaan terhadap diri sendiri, semoga pelaku tindakan yang tidak bertanggungjawab tersebut, diketahui oleh orang ramai, di tangkap oleh pihak yang berkuasa. Hati hati di jalan raya!