Sekarang, Pengedar Dadah Semakin Liar. Pengedar Dadah Kini Guna Bungkusan Jus.

Pengedar Dadah Didapati, Mengedar Dadah Dalam Bungkusan Jus Di Sarawak

Kaedah Baru Dikesan, Pengedar Dadah Kini Guna Bungkusan Jus. Dilaporkan pengedar dadah di Sarawak telah dikesan mengedarkan barangan mereka dalam bungkusan yang menyamar sebagai jus buah-buahan. 

Difahamkan, ini merupakan modus operandi terbaharu yang ditemui dalam operasi khas bernama Ops TapisKhas, yang dijalankan di seluruh negeri Sarawak dari 27 Feb hingga 1 Mac lalu.

 

Dihantar melalui kurier dari Semenanjung Malaysia

Menurut laporan, dadah terbabit dipercayai dihantar melalui kurier dari Semenanjung Malaysia dan kemudian dibungkus semula dengan label jus betik atau mangga.

Sejumlah 282 orang atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah telah ditahan polis dalam operasi tiga hari yang diketuai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (NCID) Sarawak.

Antara yang ditahan termasuk 14 wanita, berumur antara 17 dan 63 tahun. Sementara itu, 197 individu yang ditahan mendapati positif dadah susulan ujian air kencing dibuat.

Difahamkan juga, tindakan telah diambil terhadap empat pesalah berulang kerana mengedar dadah.

 

Dadah dirampas bernimali RM227,000

Polis turut merampas dadah bernilai RM227,000 dalam operasi itu 2.2kg syabu, 67g ganja, 0.25g ketamin dan 13 pil Erimin 5.

Dadah terbanyak dirampas adalah di Miri, dengan nilai keseluruhan RM100,000, kemudian diikuti Sibu dengan RM65,000 dan Kuching dengan RM55,000.

Harta bernilai RM71,200 termasuk sebuah kenderaan bernilai RM50,000 turut dirampas di Kuching dan wang tunai serta barang kemas bernilai RM21,200 telah dirampas di Miri.

Sebanyak 2,266 tangkapan telah dibuat NCID Sarawak dari 1 Januari hingga 28 February tahun ini, dengan dadah bernilai RM3.4 juta dan harta benda bernilai RM814,000 turut dirampas sekali.