Anggota Polis Maut Dalam Kemalangan Ngeri Di Jalan Serian

 

Kereta Hilang Kawalan di Jalan Kuching-Serian

Kereta Terputus Dua, Anggota Polis Maut Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri Di Jalan Serian. Seorang anggota polis maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan di kilometer 42 Jalan Kuching-Serian. Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandi Anis berkata, kereta Honda dipandu mangsa turut terputus dua dalam rempuhan yang dilaporkan berlaku sekitar jam 6.35 pagi pada 12 Mac 2023.

 

 

Anggota Polis (Mangsa) tersebut berpangkat Konstabel

Katanya, mangsa dikenali sebagai Konstabel Mohd. Shamezad Mohd. Salehuddin, 28, dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian. “Siasatan mendapati kenderaan yang dipandu mangsa dari arah Kuching ke Serian hilang kawalan, melanggar pembahagi jalan dan kemudian melanggar simen konkrit di hujung Jambatan Sungai Samarahan. 

 

 

 

Mangsa tercampak keluar

“Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak ke luar tepi jalan melintasi Jambatan Sungai Samarahan,” katanya dalam satu kenyataan. Aswandi berkata, kematian mangsa disahkan oleh paramedik Hospital Serian dan mayat dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Beliau berkata, cuaca ketika kemalangan itu hujan dan jalan raya basah serta licin. Beliau berkata, kejadian itu masih dalam siasatan dan akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ).