Dua Ekor Buaya Telah Terlepas, Di Matang Wildlife Centre, Orang Ramai Diminta Untuk Berhati – hati.

Sumber Foto : FB Sarawak Forestry Corporation

 

Diminta penduduk – penduduk di kawasan berdekatan untuk berhati hati

Di Matang Wildlife Centre, terdapat dua ekor buaya yang terlepas dari kandangnya pada sabtu lalu. Orang ramai diminta berhati-hati di sekitar kawasan ini kerana haiwan ini boleh menjadi sangat berbahaya jika dibiarkan tanpa pengawasan. 

Dua ekor buaya melarikan diri dari kandangnya di Matang Wildlife Centre pada petang Sabtu lalu, dan orang ramai diminta berhati-hati. Pusat itu telah berhadapan dengan hujan lebat sepanjang minggu, mungkin itu yang menyebabkan kerosakan pada kandang buaya tersebut. Penduduk di sekitar Kampung Rayu dan kawasan lain yang berhampiran dinasihatkan berhati-hati dengan kejadian ini.

 

SFC bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan

 

 

Penduduk setempat yang tinggal di kawasan berhampiran khususnya di Kampung Rayu dan kawasan berhampiran diminta sentiasa berwaspada dan berhati-hati semasa kejadian ini. Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai buaya tersebut, sila hubungi pihak SFC di talian 019-8859996 (Kuching)