Kelazatan Laksa Sarawak, Membuatkan Wartawan Daripada Semenanjung Jatuh Cinta Dengan Laksa Sarawak!

Sumber Foto : Tangkapan skrin daripada Tiktok Azrul Affandi Sobry 

 

“Memang tak menyesal cuba Laksa Sarawak” kata Azrul Affandi 

Malaysia mempunyai pelbagai jenis laksa. Antaranya termasuklah Laksa Sarawak. Walaupun Laksa Sarawak, warga semenanjung turut gemarkannya. Sebut sahaja tentang laksa, pasti ramai yang mengemarinya. Pelbagai hidangan laksa dari setiap negeri mempunyai gaya dan citarasa tersendiri.

Tanpa berfikir untuk beberapa saat, Wartawan dari Semenanjung ini terus bagi Laksa Sarawak ni 5 Bintang! Kalau datang ke Sarawak ni memang wajib cuba Laksa Sarawak untuk menikmati makanan tradisional orang Sarawak ini. Kalau tak cuba makan Laksa Sarawak ni, memang satu kerugian kalau anda datang ke Sarawak. 

Perbezaan antara Laksa Sarawak dengan laksa – laksa lain yang ada di negeri lain adalah dia punya kuah, Laksa Sarawak, kuah Laksa Sarawak diperbuat daripada air rebusan udang, dan pes nya yang dibuat khas daripada rempah – rempah istimewa. 

Antara bahan – bahan lain yang ada di dalam Laksa Sarawak adalah seperti, hirisan ayam rebus, hirisan telur dadar, udang, taugeh, daun ketumbar, limau kasturi, sambal yang padu dan jangan lupa Bihun yang sudah yang dicelur. Memang terbaik dan special! 

 

Sumber Foto : FB Mom’s Laksa 

 

Wartawan/Produser yang terkenal dari Semenanjung cuba makan Laksa Sarawak 

Seorang wartawan/produser yang terkenal dari Semenanjung telah datang ke Sarawak, nama beliau adalah Azrul Affandi Sobry, telah memuat naik satu video di Tiktok beliau mencuba untuk makan Laksa Sarawak, makanan tradisional orang Sarawak. 

Beliau sangat teruja dan suka apabila sudah mencuba Laksa Sarawak, dan berkongsi pengalamannya di laman sosial media Tiktok. Wartawan tersebut mencuba Laksa Sarawak pertamanya di kedai yang ikonik di Kuching, Sarawak iaitu Mom’s Laksa. Video yang beliau muat naik di Tiktok mendapat lebih 250k tontonan (setakat artikel ini ditulis).

 

Awal video yang beliau muat naik di Tiktok, wartawan tersebut mulanya kagum dengan Mi Jawa Satay

Pada mulanya, beliau kagum dengan Mi Jawa Satay, di kedai Mom’s Laksa kerana namanya dan menu tersebut yang menarik. Selepas beliau sudah mencuba Laksa Sarawak buat pertama kalinya, beliau lebih suka dan kagum dengan rasa kuah yang pekat dan betapa sedapnya hidangan berkenaan. 

Beliau mengatakan “Patutlah orang cakap wajib try, memang tak menyesal, saya bagi 5 star!” Beliau kemudiannya menyarankan buat orang di luar sana, yang berkunjung ke Sarawak untuk mencuba Laksa Sarawak, Mi Jawa Satay, Teh C Special, dan Mee Kolok!